Pembangunan Logistik Laluan Selatan Hadapi Peluang Baharu

2018-04-28 16:09:20  CRI
Share with:

Forum Kemuncak Logistik Laluan Selatan Kesalinghubungan China-Singapura diadakan di Nanning, Guangxi semalam. Lebih 300 peserta dari China, ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Denmark dan negara ASEAN membincangkan cara mendorong pembangunan logistik.

Naib Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Zhang Wei berkata, China menjadi rakan dagang terbesar bagi Singapura dalam 5 tahun berturut-turut, sedangkan Singapura sumber pelaburan paling besar bagi China. Laluan Selatan yang didorong bersama-sama itu membolehkan kedua-dua negara saling melengkapi berdasarkaan kelebihan masing-masing, memperluas pasaran, mempertingkat pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), dan memperluas kerjasama logistik serantau.

Presiden Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Teo Siong Seng berkata, Laluan Internasional Pasifik (PIL) Singapura telah menubuhkan Syarikat Pelabuhan Kontena Antarabangsa Teluk Beibu di Guangxi, dan Syarikat Pembangunan Logistik Kesalinghubungan China-Singapura di Chongqing.

Beliau memaklumkan, PIL dipercayai akan mendorong operasi laluan maritim dari Qinzhou, Guangxi ke Singapura mengembangkan sayapnya ke Kuantan, Malaysia dan Thailand.

高蕾