Sidang Kemuncak ASEAN Ke-32 Tegaskan Semangat Teguh dan Inovatif

2018-04-29 14:37:17  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-32 yang ditutup di Singapura semalam mencapai beberapa hasil bagi menyemarakkan semangat teguh dan inovasif ASEAN.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam sidang akhbar selepas sidang kemuncak tersebut.

Menurut beliau, antara tiga hasil cemerlang dalam sidang kemuncak kali ini termasuk tercapainya satu dokumen visi oleh pemimpin pelbagai negara tentang menyemarakkan semangat ASEAN ke arah teguh dan inovatif. Dokumen tersebut sekali lagi menegaskan prinsip kerjasama ASEAN dan visi bersama pelbagai negara anggota ASEAN.

Hasil-hasil yang lain termasuk tercapainya dua kenyataan tentang pembinaan jaringan bandar pintar ASEAN serta pengumuman pemimpin-pemimpin ASEAN mengenai keselamatan siber.

Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung mula 25 hingga 27 April lalu telah menyaksikan siri mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai pelbagai negara yang diadakan dengan jayanya, seperti Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN, Mesyuarat Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN serta Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN.

张弘