Siswa dari Negara B&R Makin Banyak di China

2018-04-30 13:15:19  CRI
Share with:

Bilangan siswa dari negara-negara terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang melanjutkan pelajaran di universiti China semakin meningkat berikutan interaksi dan kerjasama antarabangsa yang kian rancak.

Data Kementerian Pendidikan China menunjukkan bahawa pada tahun lepas, seramai 317,200 pelajar dari negara-negara terlibat dalam B&R melanjutkan pengajian di universiti di China, angka ini meningkat 11.5% berbanding tahun sebelumnya.

Kebelakangan ini, kerajaan China menawarkan semakin banyak biasiswi yang menyasarkan negara-negara jiran dan peserta B&R sebagai strategi pembangunan rizab tenaga kerja berbakat.

Pada tahun 2016, jumlah penerima biasiswa dari negara-negara B&R mencecah 61% keseluruhan pelajar asing yang ditaja kerajaan China, meningkat 8.4% berbanding 2012.

梁靓