Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam mengumumkan bahawa larangan sementara untuk rakyat negara itu bekerja di Kuwait sudah diubah kepada arahan kekal.
Duterte pada Februari lalu mengeluarkan arahan melarang rakyat berkhidmat di Kuwait susulan kes mayat seorang pembantu rumah warga Filipina yang dibunuh ditemukan dalam peti sejuk beku di negara berkenaan.
Krisis antara dua negara itu bertambah buruk apabila pihak berkuasa Kuwait pada minggu lalu mengarahkan duta Filipina meninggalkan negara tersebut.
Menurut Duterte, pihaknya akan sedaya upaya membantu rakyat Filipina di Kuwait pulang ke tanah air. Keadaan ekonomi di Filipina pada masa ini adalah baik, dengan semakin banyak peluang kerja dicipta berikutan pelancaran beberapa projek pembinaan prasarana.
Dilaporkan, masih terdapat 260 ribu warga Filipina sedang bekerja di Kuwait, antaranya kebanyakan adalah pembantu rumah.