Nahas di Kemboja, 5 Maut

2018-04-30 14:10:19  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 5 maut dalam nahas trak tangki minyak berlanggar dengan sebuah kereta yang berlaku di wilayah Koh Kong, Kemboja pagi kelmarin.
  
Ketua Polis Wilayah Sihanouk memaklumkan, pasukan penyelamat menemui mayat lima mangsa selepas memotong kereta sedan Lexus LX470 yang remuk teruk. 

Pemandu trak tangki minyak dan pembantunya dilaporkan cedera.

Menurut keterangan saksi, kedua-dua kenderaan dijilat api selepas berlaku perlanggaran.

张薇