Pertandingan E-sukan China-ASEAN 2018

2018-04-30 14:04:33  CRI
Share with:

Pertandingan E-sukan China-ASEAN 2018 dilancarkan di Nanning, China semalam.
 
Sebanyak 16 pasukan profesional dari negara-negara ASEAN akan beradu kehandalan dengan 8 pasukan dari China dalam League of Legends dan Counter-Strike:Global Offensive (CS GO) sepanjang Oktober hingga Disember tahun ini. 

Wang hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah sebanyak RMB500 ribu (RM310 ribu).

Naib Ketua Biro Sukan Nanning, Mo Shusen menyatakan, pertandingan di Guangxi ini adalah gelanggang e-sukan antarabangsa yang bercirikan ASEAN. 

Dimaklumkan, lapan pasukan dari China akan terpilih melalui pertandingan peringkat awal, sebelum mengadakan pertandingan kejuaraan dengan 16 pasukan undangan dari ASEAN. Pertandingan akhir akan diadakan di Nanning pada 1 hingga 3 Disember tahun ini.

张薇