Rakyat Bantah Pembinaan Vila di Thailand

2018-05-01 12:34:19  CRI
Share with:

Penduduk Chiang Mai, utara Thailand mengadakan tunjuk perasaan kelmarin bagi membantah pembinaan vila untuk hakim di Gunung Doi Suthep, sebuah tempat peranginan terkenal. 

Mereka menuntut Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mengarahkan vila tersebut diruntuhkan.

Gunung Doi Suthep bukan saja memiliki persekitaran yang indah, malah juga dianggap tempat suci bagi penganut Buddha. Pembinaan vila berkenaan merosakkan persekitaran semula jadi gunung itu.

Kata penganjur protes, satu lagi tunjuk perasaan akan diadakan seminggu kemudian sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

徐国玮