4 Orang Diculik Abu Sayyaf

2018-05-01 11:00:27  CRI
Share with:

Seramai 4 orang termasuk 2 polis wanita diculik oleh militan bersenjata Abu Sayyaf di provinsi Sulu, selatan Filipina pada 29 April lalu.

Operasi memburu sedang dijalankan oleh tentera kerajaan seramai tiga batalion.

Menurut pihak tentera Filipina, dua polis wanita dan rakan mereka diculik oleh 11 anggota militan Abu Sayyaf di sebuah pekan terpencil dalam perjalanan pulang selepas bercuti di pantai.

Termasuk 4 yang diculik kali ini, seramai 14 orang menjadi tebusan Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf yang ditubuhkan pada 1990-an, berleluasa di selatan Filipina dengan kegiatan serangan ganas dan penculikan.

Orang awam diingatkan supaya berwaspada ketika berada di kawasan terpencil di selatan.

覃淼