Pertumbuhan Ekonomi Singapura Diunjur 2.5%

2018-05-02 14:44:08  CRI
Share with:

Ekonomi Singapura diunjur mencatat pertumbuhan antara 1.5% hingga 3.5% pada tahun ini, kemungkinan melebihi 2.5% sekiranya operasi kekal lancar dalam pelbagai sektor.

Demikian ujar Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja 1 Mei semalam.

Kata beliau, pada tahun lepas, pertumbuhan ekonomi Singapura lebih pesat daripada jangkaan, iaitu pada kadar 3.6%. Selain mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, tahap produktiviti juga meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

Menurut Lee, ekonomi Singapura amat bergantung pada suasana luaran. Amalan Amerika Syarikat (AS) yang melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), serta tindakan negara itu menaikkan tarif secara sepihak telah mencetuskan pergeseran perdagangan dengan China, turut memberi impak negatif terhadap ekonomi Singapura. 

徐国玮