Tunjuk Perasaan di Thailand

2018-05-02 13:56:19  CRI
Share with:

Beribu-ribu pekerja mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok, Thailand pada Hari Pekerja 1 Mei, semalam, menggesa kerajaan memastikan kepentingan pekerja terjamin dan menentang penswastaan syarikat milik negara.

Pengerusi Gabungan Pekerja Thailand, Manas Kosol menyatakan bahawa pihaknya menggesa lebih banyak kebajikan dan simpanan persaraan diberikan kepada pekerja di negara itu.

Kerajaan juga perlu mengelakkan kesan negatif penswastaan syarikat milik negara terhadap pekerja.

Sebanyak 53 pertubuhan pekerja Thailand mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan ini. Pihak polis memblokade jalan terbabit bagi memastikan ketenteraman perarakan tunjuk perasaan dan orang awam.

覃淼