ASEAN Sokong Sistem Perdagangan Multilateral

2018-05-02 14:43:14  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-32 diadakan pada 27 hingga 28 April lalu di Singapura, negara pengerusi bergilir tahun ini, dengan tema "bersatu padu demi inovasi dan reformasi".

Dalam kenyataan yang diumumkan kemudian, negara-negara ASEAN melahirkan kekhuatiran mereka terhadap kebangkitan faham perlindungan dan antiglobalisasi.

Mereka menegaskan semula pendirian ASEAN yang sentiasa menyokong sistem perdagangan  multilateral dan prinsip keterbukaan serantau.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucaptamanya berkata, ASEAN perlu memperkasakan lagi integrasi dan usaha membina komuniti bersama.

Beliau menekankan pentingnya menangani ancaman konvensional dan bukan konvensional seperti keganasan dan serangan siber, di samping mewujudkan pertumbuhan ekonomi melalui inovasi dan pengaplikasian teknologi secara kreatif.

Kenyataan tersebut turut mengumumkan pelan pembangunan jaringan bandar pintar untuk menggalakkan pembangunan terselaras serta perkongsian pengalaman, selain meneroka peluang baharu untuk kemajuan bersama.

胡星