Trump, Kim Dijadual Temu di Singapura

2018-05-11 14:35:20  CRI
Share with:
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan melalui akaun Twitter, pertemuannya dengan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un dijadualkan pada 12 Jun di Singapura. 

Trump yang amat menanti-nantikan pertemuan dengan Kim, berharap agenda itu menjadi "detik bermakna" bagi keamanan dunia. 

Kim dalam pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo di Pyongyang pada 9 Mei lalu, menyifatkan pertemuannya dengan Trump nanti  suatu "peristiwa bersejarah".

Susulan itu, Kim mendekrikan amnesti dan repatriasi tiga warga AS yang ditahan. 

Kementerian Luar Singapura dalam pengumuman malam semalam menyatakan pihaknya berbesar hati dapat menjadi tuan rumah pertemuan dua pemimpin itu.

Keadaan di Semenanjung Korea menunjukkan perubahan positif baru-baru ini, hasil usaha sama pelbagai pihak.

AS bagaimanapun masih bersikap keras, dengan menyatakan tekanan dan sekatan akan diteruskan sehinggalah DPRK melucutkan program nuklear secara menyeluruh.
张薇