Singapura Berusaha Jamin Kejayaan Pertemuan Trump-Kim

2018-05-12 13:56:58  CRI
Share with:

Singapura akan melakukan yang terbaik untuk memastikan pertemuan antara pemimpin AS dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) diadakan dengan jayanya pada pertengahan Jun nanti.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam perbincangan dengan Presiden AS, Donald Trump menerusi telefon semalam.

Beliau menyifatkan pertemuan antara Trump dengan pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un suatu "peristiwa bersejarah", serta satu langkah penting ke arah merealisasikan keamanan berkekalan  di Semananjung Korea. 

Pihak Singapura berbesar hati dapat menjadi tuan rumah pertemuan tersebut.
    
Lee turut mengundang Trump mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada November depan serta menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-6 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-13.

Trump mengucapkan terima kasih kepada Singapura yang menghoskan pertemuan tersebut,  di samping melahirkan harapan pertemuan itu dapat membantu menyelesaikan isu Semenanjung Korea. 
 

张薇