Pelantikan Tiga Menteri Baharu Tiada Perbincangan dengan PKR

2018-05-13 13:45:28  CRI
Share with:

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia, Rafizi Ramli, mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.

Sebelum itu, beliau dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu belum muktamad kerana perbincangan masih berjalan.

Pada sidang media petang semalam, Perdana Menteri mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan, manakala Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Dr Mahathir berkata, ketiadaan wakil PKR dalam pengumuman itu mengambil kira presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sudah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.Rafizi sebelum itu mempersoalkan ketiadaan wakil PKR dalam mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet di Ibu Pejabat PPBM di Wisma Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

(Sumber dari Berita Harian Online)

 
张弘