Polis Thailand Rampas Dadah Bernilai 1 Bilion Baht

2018-05-14 11:25:55  CRI
Share with:

Polis Thailand baru-baru ini menahan empat buah kenderaan di Bangkok, membawa kepada rampasan dadah bernilai lebih 1 bilion baht atau kira-kira 125 juta ringgit.

Lapor media tempatan, antara rampasan termasuk 10 juta butir pil ecstacy, kira-kira 400 kilogram methamphetamine, dua pucuk pistol dan barang-barang larangan yang lain.

Polis Negara memaklumkan bahawa enam suspek ditahan dalam operasi tersebut. Mereka didakwa diupah mengangkut dadah tersebut ke kawasan sempadan di selatan negara, kemungkinan untuk diseludupkan ke negara jiran.

Keenam-enam suspek berdepan tuduhan memiliki dadah dan membawa senjata api di tempat awam tanpa izin.

张弘