Guterres Kutuk Serangan Nekad di Indonesia

2018-05-14 11:01:21  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam kenyataan menerusi jurucakapnya semalam mengutuk serangan bom nekad di Indonesia yang  mengakibatkan 11 terkorban dan 41 cedera parah. Dalam kenyataan tersebut, Guterres menegaskan pihaknya menyokong usaha kerajaan dan rakyat Indonesia untuk membanteras dan mencegah keganasan dan ekstremisme. Beliau menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, dan mendoakan agar yang cedera cepat sembuh.Tiga buah gereja di Surabaya, provinsi Jawa Timur digegarkan serangan bom nekad pagi semalam. Maklum polis tempatan, penyerang berasal daripada satu keluarga, antaranya ada kanak-kanak.

张宪