China Gesa Gencatan Senjata di Utara Myanmar

2018-05-15 17:02:35  CRI
Share with:

China amat prihatin terhadap konflik bersenjata di utara Myanmar baru-baru ini, dan menggesa gencatan senjata dilaksanakan serta-merta agar ketenteraman di kawasan sempadan antara kedua-dua negara dapat dipulihkan secepat mungkin.

Gesaan demikian dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Kata beliau, semua pihak terlibat diharap duduk berdialog dan mendorong proses damai dengan dasar yang komprehensif dan inklusif.

Pada 12 Mei lalu, konflik meletus antara kumpulan bersenjata minoriti dengan tentera kerajaan di negeri Shan.

Selain meragut nyawa dua warga China, tiga peluru roket dan beberapa butir bom tangan turut jatuh di wilayah China.

Lebih 300 warga Myanmar dilaporkan melarikan diri ke wilayah China dan telah diberi perlindungan.

高蕾