Seorang Tebusan Abu Sayyaf Dibebaskan

2018-05-22 15:20:11  CRI
Share with:

Seorang warga Filipina yang menjadi tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf telah dibebaskan semalam.

Maklum pihak tentera pada hari yang sama, masih ada sembilan lagi orang tebusan yang berada dalam tahanan kumpulan tersebut.

Tebusan yang dibebaskan adalah seorang jurutera kerajaan yang diculik Abu Sayyaf di provinsi Sulu pada 14 Februari lalu.

Dia dilaporkan sakit, faktor yang memaksa Abu Sayyaf membebaskannya atas kekhuatiran penyakitnya menjadi beban kepada mereka.

Ini kali kedua Abu Sayyaf melepaskan tebusan dalam masa seminggu, selepas dua polis wanita dibebaskan pada Rabu lalu dengan bantuan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Menurut sumber tentera, sembilan orang tebusan yang masih belum dibebaskan adalah empat warga tempatan, tiga warga Indonesia, seorang dari Belanda dan seorang lagi dari Vietnam.

梁靓