Pembinaan Semula Marawi Perlu Dua Tahun Setengah

2018-05-22 16:08:49  CRI
Share with:

Kerja pembinaan semula di bandar Marawi, selatan Filipina akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka selesai sebelum tahun 2021. Penglibatan syarikat China adalah amat dialu-alukan.

Penolong Menteri Pembinaan Perumahan Filipina yang mengetuai projek pembinaan semula Marawi, Felix Castro menyatakan bahawa kerja berkenaan akan dijalankan dalam dua fasa, iaitu pembersihan rutuhan bangunan dan pembinaan semula bandar. Sekiranya semua berjalan lancar, kerja tersebut akan bermula pada pertengahan bulan Jun.  

Castro berkata, pembersihan runtuhan dijangka memakan masa satu tahun, manakala pembinaan semula memerlukan satu tahun setengah, dengan pelan untuk melebarkan jalan raya, memasang kabel elektrik, serta membina semula kemudahan awam seperti sekolah dan pusat persidangan.

Pertempuran sengit selama lima bulan berlaku antara tentera kerajaan dengan militan Maute dan Abu Sayyaf (ASG) di Marawi sejak Mei tahun lalu, membawa kerosakan teruk kepada bandar tersebut.

胡星