Ekonomi Myanmar Diramal Tumbuh Pesat

2018-05-23 15:47:30  CRI
Share with:

Bank Dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi Myanmar mencecah 6.4% dan 6.7% masing-masing bagi tahun ini dan tahun depan.

Sementara itu, kadar inflasi tahun ini menurun kepada 5.5% daripada 7% tahun lepas, dan dijangka terus susut kepada 4.9% tahun depan.

Bank Dunia dalam laporan mengenai ekonomi Myanmar menyatakan, dinilai dari sudut indeks, pertumbuhan ekonomi Myanmar dianggap tidak lemah, kalau dibandingkan dengan negara ASEAN lain seperti Filipina dan Vietnam.

Antara penyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi Myanmar pada beberapa tahun ini ialah kemajuan industri pemprosesan dan perkilangan yang dipacu pelaburan asing.

Menurut data Biro Pentadbiran Perusahaan dan Pelaburan Myanmar, dari segi kemasukan pelaburan asing, industri perkilangan mendahului industri-industri lain seperti pengangkutan, komunikasi, perhotelan dan pelancongan.

Kos tenaga kerja yang kompetitif menjadi faktor yang menarik syarikat dari China, Jepun dan Korea Selatan untuk menanam modal dan membuka kilang di Myanmar, terutamanya dalam industri pakaian.

梁靓