Kedutaan China Rai Bulan Ramadan

2018-05-24 15:30:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_b1

Majlis berbuka puasa dan pendermaan anjuran Kedutaan Besar China di Indonesia bersama pertubuhan Nahdlatul Ulama diadakan di Pesantren Luhur Al-Tsaqafah Jakarta semalam.

Duta Besar China, Xiao Qian berkata, pihaknya telah menganjurkan majlis amal seumpama itu selama tiga tahun berturut-turut. 

图片默认标题_fororder_b2

Beliau bagi pihak kedutaan dan 23 juta umat Islam di China, mengucapkan selamat menjalani bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam Indonesia.

Pengerusi Pengurus Besar Nahdlatul Ulama, KH. Said Aqil Siroj mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan kedutaan China kepada komuniti Islam tempatan. 

图片默认标题_fororder_b3

Beliau berkata, China bukan sahaja tetamu, tetapi juga jiran yang baik bagi Indonesia. Hubungan persahabatan antara umat Islam kedua-dua negara sudah bersejarah beratus-ratus tahun. 

Dalam majlis itu, Xiao Qian dan KH. Said Aqil Siroj bersama-sama memberikan bantuan berupa wang dan benda kepada pelajar miskin serta penduduk tempatan, serta menyaksikan pelancaran fasiliti kesihatan kumpulan kedua untuk komuniti tempatan.

徐国玮