Kerja Mencari MH370 Akan Henti Hujung Mei

2018-05-24 16:01:28  CRI
Share with:

Kerja mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dijalankan oleh syarikat eksplorasi dasar laut, Ocean Infinity di Lautan Hindi selatan akan dihentikan pada 29 Mei.

Demikian maklum Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook dalam sidang media semalam. Beliau turut mengesahkan bahawa kerja pencarian syarikat itu tidak akan disambung selepas tarikh itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mesyuarat pertama kabinet baharu semalam, menyatakan bahawa kerajaan akan meneliti semula perjanjian mencari pesawat itu, dan akan menghentikan kerja berkenaan jika didapati tidak lagi perlu diteruskan.

Pada Januari lalu, kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), dengan syarat "tiada penemuan, tiada bayaran".

Menurut laporan pada 15 Mei, syarikat itu telah menyelesaikan carian di kawasan seluas 86 ribu kilometer persegi, namun tanpa sebarang hasil.

MH370 hilang hubungan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

梁靓