Penerbangan Carter Haikou-Manila Bakal Dibuka

2018-05-25 15:25:13  CRI
Share with:

Penerbangan carter antara Haikou dengan Manila yang dikendalikan atas usaha sama China dan Filipina bakal mula beroperasi pada 29 Mei.

Ini merupakan laluan penerbangan carter pertama antara Filipina dengan Hainan, selepas provinsi kepulauan itu mula menawarkan dasar pengecualian visa kepada pelancong dari 59 negara pada awal bulan ini.

Eagle Airways Filipina yang bekerjasama dengan syarikat Unit-Orient Travel Filipina dan Syarikat Pelaburan Penerbangan Kangtai Hainan untuk laluan carter ini, adalah syarikat asing pertama yang mengoperasi penerbangan antarabangsa di Haikou. 
 
Filipina menyasarkan kedatangan dua juta pelancong
China pada tahun ini. 

Laluan carter Haikou-Manila menawarkan penerbangan setiap Selasa dan Sabtu. Pakej pelancongan di Hainan juga tersedia.

梁靓