Penggunaan Elektrik Per Kapita Indonesia Rendah

2018-05-29 11:42:31  CRI
Share with:

Penggunaan tenaga elektrik per kapita di Indonesia amat rendah, iaitu kira-kira satu perempat berbanding Malaysia.

Menteri Perancangan Pembangunan Negara Indonesia, Bambang Brodjonegoro baru-baru ini memaklumkan bahawa
penggunaan tenaga elektrik per kapita mencatat 1,012 kilowatt jam pada tahun 2017. Sedangkan di Malaysia, angka itu mencatat 4,460 kilowatt jam pada tahun 2016.

Indonesia masih memerlukan kira-kira dua tahun setengah untuk mencapai tahap penggunaan di Malaysia.

Untuk sasaran itu, Indonesia perlu menyeimbangkan bekalan elektrik di seluruh negara, khususnya di kawasan terpencil.

张弘