Dialog Shangri-La ke-17 Bermula

2018-06-02 16:09:22  CRI
Share with:

Dialog Shangri-La ke-17 selama tiga hari dirasmikan di Singapura semalam, dihadiri lebih 600 peserta antaranya menteri pertahanan dari 17 negara serta pegawai tentera kanan dan sarjana dari 40 negara.

Antara fokus perbincangan dalam dialog itu termasuk isu nuklear Semenanjung Korea, order keselamatan Asia, usaha antikeganasan dan kerjasama keselamatan serantau.

Naib Presiden Akademi Sains Ketenteraan, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, He Lei mengetuai delegasi China ke dialog tersebut. 

Pihak China akan menyampaikan ucapan mengenai topik "pengaruh strategik pembangunan kekuatan tentera di rantau Asia Pasifik", di samping membentangkan konsep penubuhan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan hubungan antarabangsa model baharu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi  dalam ucapannya pada majlis perasmian menilai positif hubungan antara India dengan China.

Beliau menyatakan kerjasama India-China terus diperkasakan, sementara perdagangan dua hala semakin meningkat. Selain itu, kedua-dua pihak telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan dalam mengendalikan percanggahan pendapat dan menjaga kedamaian di kawasan sempadan.

张哲