WB: Filipina Mampu Percepat Usaha Basmi Kemiskinan

2018-06-05 14:57:03  CRI
Share with:

Filipina berupaya untuk mempercepat usaha membasmi kemiskinan susulan prestasi ekonomi makro kekal kukuh dan stabil pada masa ini.

Menurut akhbar Manila Bulletin Filipina, laporan penilaian kemiskinan Filipina yang dikeluarkan Bank Dunia (WB) baru-baru ini menunjukkan bahawa kadar kemiskinan telah menurun 5 mata peratusan kepada 21.6% dalam tempoh 2006 hingga 2015. Namun, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan tetap cabaran utama bagi kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan.

Penyumbang utama bagi penurunan kadar kemiskinan termasuk peluang pekerjaan semakin banyak, kurang kebergantungan kepada sektor pertanian serta pelaksanaan program pembayaran pemindahan wang tunai dengan bersyarat kepada golongan miskin.

Mara K. Warwick, Pengarah Negara (Country Director) WB beranggapan bahawa pertumbuhan ekonomi yang kuat, pertambahan peluang pekerjaan, serta langkah-langkah untuk membaiki perkhidmatan kerajaan akan membantu golongan miskin Filipina bebas daripada belenggu berkenaan.

周乔西