Insiden feri tenggelam di Tasik Danau Toba, wilayah Sumatera Utara, Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala kira-kira 40 orang hilang.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pada pukul 5.30 petang semalam waktu tempatan, apabila feri yang dinaiki kira-kira 80 penumpang berada lebih kurang 1.6 kilometer dari jeti.
Mayat seorang mangsa telah ditemui anggota penyelamat setakat ini.
33 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.