Thailand Mahu Tingkat Kerjasama Perfileman dengan China

2018-06-20 12:04:36  CRI
Share with:

Kerajaan Thailand mengutamakan usaha mempromosi karya filem dan drama TV kepada pasaran seberang laut. Dalam pada itu, China merupakan pasaran sasaran yang utama.

Demikian dinyatakan oleh pegawai Kementerian Kebudayaan Thailand, Sunantha Mitngam dalam tempoh Pesta Filem Antarabangsa Shanghai ke-21 baru-baru ini.

Kata beliau, persamaan kebudayaan antara Thailand dan China membantu mengurangkan rintangan dalam kerjasama dan interaksi perfileman kedua-dua negara.

Tambah beliau, budaya tradisional yang diterap dalam karya filem dan drama TV Thailand menjadi daya tarikan kepada penonton asing.

张哲