192 Hilang Feri Karam di Indonesia

2018-06-21 13:55:48  CRI
Share with:
Jumlah mangsa hilang dalam tragedi feri karam di Tasik Danau Toba, wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada 18 Jun, meningkat kepada 192.

Agensi mencari dan menyelamat Indonesia semalam memaklumkan setakat ini, mayat tiga mangsa telah ditemui. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Pasukan yang terdiri daripada lebih 200 anggota tentera laut, polis dan agensi penyelamat telah menyertai misi tersebut, namun feri terbabit belum dijumpai.

Kapten feri yang terselamat telah ditahan oleh polis. Punca kemalangan sedang disiasat.

Menurut analisis media tempatan, muatan penumpang yang berlebihan kemungkinan antara punca utama insiden tersebut, selain cuaca buruk.

Tasik Danau Doba seluas lebih 1,100 kilometer persegi, dengan kedalaman maksimum lebih 500 meter.

Kekurangan kelengkapan menyelamat air dalam menyukarkan misi menyelamat dan mengangkat bangkai feri.

 

张弘