Eksport Thailand Meningkat 15 Bulan Berturut-turut

2018-06-25 13:19:58  CRI
Share with:

Eksport kasar komoditi Thailand pada Mei lalu meningkat 11.4% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan mencatat USD22.256 bilion (kira-kira RM89.324 bilion).

Dalam pada itu, jumlah eksport Thailand merekodkan peningkatan selama 15 bulan berturut-turut.

Menurut data terkini Kementerian Perdagangan Thailand, peningkatan eksport itu adalah susulan keadaan ekonomi yang semakin pulih di negara rakan dagang, termasuk China, negara-negara Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan negara-negara ASEAN.

Kelengkapan serta komponen automotif dan komputer adalah dua kategori komoditi utama yang dieksport ke negara asing dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, dengan kadar peningkatannya melebihi 16% berbanding tempoh sama tahun lalu.

周乔西