Filipina Lancar 10 Projek Infrastruktur Tahun Ini

2018-06-25 13:34:27  CRI
Share with:
Kementerian Kewangan Filipina memaklumkan bahawa 10 projek mega akan dilancarkan pada tahun ini dengan melibatkan jumlah pelaburan mencatat PHP 59.76 bilion (RM4.5 bilion).

10 projek tersebut antara 75 projek utama yang diumumkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Tiga daripadanya adalah projek yang dibiaya China, iaitu projek fasa pertama landasan kereta api Tagum-Davao-Digos, projek pengairan Sungai Chico, serta projek jambatan Sungai Pasig, Manila.
曹捷