Venue Sukan Asia Pasang Teknologi Pengecaman Wajah

2018-06-26 13:06:46  CRI
Share with:

Pihak Jepun sedang membantu Indonesia memasang sistem pengecaman wajah di venue utama Sukan Asia 2018 untuk memastikan temasya itu berjalan dengan selamat dan lancar.

Demikian maklum Menteri Luar Jepun, Taro Kono di Jakarta semalam, dalam rangka lawatannya ke Indonesia. 

Menurut media tempatan, sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam venue utama Sukan Asia dilengkapi teknologi pengecaman wajah yang akan dapat mengesan wajah dan aktiviti penonton secara automatik.

Temasya Sukan Asia 2018 bakal diadakan di Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 September.  

曹捷