Pilihan Raya Kecil Indonesia 2018 Bermula

2018-06-28 13:32:44  CRI
Share with:

Pilihan raya kecil Indonesia 2018 telah bermula pada 27 Jun lalu.

Pilihan raya kecil kali ini melibatkan 152 juta pengundi dari 171 kawasan pilihan raya di seluruh negara.

Difahamkan, 17 pasangan gabenor dan naib gabenor wilayah, 115 pasangan ketua kaunti dan naib ketua kaunti serta 39 datuk bandar dan timbalan datuk bandar akan dipilih dalam pilihan raya kecil itu. 

Keputusan peringkat awal dijadualkan diumumkan pada 9 Julai depan.

Pilihan raya kecil tersebut boleh dilihat sebagai pratonton bagi Pilihan Raya Presiden 2019.

周乔西