13 Pemain Bola Sepak Hilang Ditemui Hidup

2018-07-03 14:50:19  CRI
Share with:

Satu pasukan bola sepak belia Thailand terdiri daripada 12 orang pemain dan seorang jurulatih yang dilaporkan hilang ditemui masih hidup.

Gabenor negeri Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn memberitahu media, pasukan pencari dan penyelamat menemui 13 orang itu yang terperangkap di sebuah gua di utara Thailand pada malam semalam. Paras air di gua itu amat tinggi dan bentuk bumi amat rumit. Pasukan itu sedang memikirkan cara untuk memindahkan mereka.

13 orang itu hilang setelah menjejalah ke gua di sebuah taman negara pada 23 Jun lalu. Pasukan penyelamat tempatan serta pasukan dari China dan Amerika Syarikat (AS) telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). 

Pada masa ini, doktor yang pandai menyelam telah membawa kelengkapan bantuan ke gua itu.

徐国玮