Thailand Teruskan SAR 13 Pemain Bola Sepak

2018-07-04 11:33:47  CRI
Share with:

Gabenor negeri Chiang Rai, Thailand, Narongsak Osottanakorn semalam memberitahu media, pasukan pencari dan penyelamat sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 pemain bola sepak belia dan seorang jurulatih yang terperangkap di sebuah gua di utara negara itu. Mereka berada dalam keadaan sihat semasa ini dan akan dipindahkan dari gua itu secepat mungkin.

Ubat-ubatan yang diperlukan telah diberikan kepada mereka. Narongsak Osottanakorn turut merakamkan terima kasih kepada pasukan pencari dari China, Britain, Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Laos dan Myanmar yang mengambil bahagian dalam kerja SAR.

覃淼