Anggota Biro Politk Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Setiausaha Jawatankuasa Politik dan Perundangan Pusat, Guo Shengkun ditemui Menteri Dalam Negeri Myanmar, Kyaw Swe di Beijing semalam. Kyaw Swe melawat ke China untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan China-Myanmar ke-6 yang diadakan di Beijing.
Guo Shengkun dalam pertemuan berkata, persahabatan China-Myanmar amat kukuh. China dan Myanmar akan bersama-sama melaksanakan persefahaman yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama strategik komprehensif China-Myanmar. Beliau harap badan keselamatan kedua-dua negara boleh mempergiat kerjasama penguatkuasaan undang-undang melalui platform ini, termasuk membanteras jenayah rentas sempadan, penjagaan keselamatan yang berkaitan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), penguatkuasaan undang-undang di perairan Sungai Mekong dan sebagainya, agar memelihara keamanan dan kestabilan serantau, memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Kyaw Swe berkata, Myanmar bersedia bekerjasama dengan China untuk melonjakkan kerjasama kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.