Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) menyatakan semalam, jumlah kematian dalam tragedi feri karam di perairan Sulawesi Selatan meningkat kepada 34. Kerja mencari dan menyelamat(SAR) masih dijalankan.
Sebuah feri karam di perairan Sulawesi Selatan pada petang 3 Julai lalu. Keputusan siasatan awal menunjukkan, punca insiden adalah kerosakan pada badan feri yang menyebabkan kebocoran air. Setakat petang semalam, 155 penumpang telah berjaya diselamatkan.