Sidang Panglong Bermula

2018-07-12 16:18:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ang-1

Persidangan Panglong Abad Ke-21 membuka tirai di Naypyitaw semalam, dengan penyertaan lebih 1,000 wakil dari pelbagai kelompok masyarakat.  

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam ucapan  pada majlis perasmian menyeru semua pihak berganding bahu mewujudkan permuafakatan antara etnik dan keamanan negara.

Beliau mahu satu dunia tanpa perang, yang dilimpahi keamanan dan kestabilan, dibina untuk generasi akan datang agar sinar harapan yang pudar angkara peperangan dapat kembali terang.

Utusan khas hal ehwal Asia Kementerian Luar China, Sun Guoxiang sebelum ini menyatakan penganjuran sidang Panglong sebanyak tiga kali mencerminkan proses damai sudah mencapai kemajuan, dan mendapat sokongan semakin luas. 

China selaku sahabat Myanmar, tentu mahu melihat proses damai di negara itu terus bergerak ke hadapan. 

China akan terus melakukan yang terbaik untuk menyokong dan membantu Myanmar mewujudkan keamanan berkekalan seawal mungkin.  


 

张薇