Pertumbuhan Asia Bantu Tangkis Kesan Brexit

2018-07-13 13:36:59  CRI
Share with:

Filipina sama seperti negara-negara Asia lain telah mengurangkan kebergantungan pada pasaran Kesatuan Eropah (EU), diiringi peningkatan perdagangan dengan negara-negara serantau.

Ujar Rajiv Biswas, ahli ekonomi kanan dari pembekal maklumat IHS Markit, hal ini turut membantu Filipina menangkis kesan negatif susulan Britain keluar daripada EU atau Brexit.

Menurut Biswas, lapan daripada sepuluh rakan dagang bagi Filipina ialah negara Asia, manakala dua lagi ialah Amerika Syarikat (AS) dan Jerman, dua negara luar Asia.

Majalah The Economist menganalisis bahawa Jerman, Belanda dan Perancis adalah tiga pasaran eksport terbesar bagi Filipina di EU, dan Britain tidak tersenarai dalam sepuluh pasaran eksport terbesar negara itu. Jadi, kemungkinan Brexit memberi impak besar kepada Filipina adalah nipis.

周乔西