Tujuh Puak Myanmar Gagal Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata

2018-07-15 14:41:29  CRI
Share with:

Persidangan Damai Panglong Abad Ke-21 Ke-3 diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 11 hingga 16 Julai lalu. Walaupun tujuh puak militan etnik minoriti di utara negara itu gagal memeterai Perjanjian Gencatan Senjata Kebangsaan, namun pelbagai pihak tetap melakukan usaha untuk mewujudkan kedamaian yang berkekalan di negara itu.  

Wakil-wakil daripada tujuh puak militan tersebut telah mengadakan rundingan dengan Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi dan Panglima Tentera Pertahanan Negara, Min Aung Hlaing, mengemukakan tuntutan kepada kerajaan dan menyampaikan pandangan masing-masing mengenai perjanjian gencatan senjata. 

Sebanyak 10 puak militan Myanmar telah memeterai perjanjian gencatan senjata itu setakat ini.

张哲