Sidang Panglong Capai Persepakatan 14 Perkara

2018-07-16 11:54:49  CRI
Share with:

Pihak-pihak yang terlibat dalam mesyuarat ketiga Persidangan Panglong Abad Ke-21 di Naypyitaw, Myanmar telah mencapai persepakatan berhubung 14 perkara yang bakal dimaktubkan sebagai bahagian kedua perjanjian persekutuan. 

Demikian diumumkan dalam sidang akhbar Sekretariat Jawatankuasa Bersama Dialog Perdamaian Penyatuan (UPDJC) semalam.

Dimaklumkan, para peserta telah membincangkan politik, ekonomi, masyarakat, sumber bumi dan alam dengan kerajaan, tentera, parti politik dan kumpulan militan daerah dalam persidangan yang berlangsung sejak 11 Julai lalu. 

Walaupun masih wujud perselisihan pendapat yang cukup besar, namun semua pihak bersetuju menerima pakai 14 perkara yang akan ditandatangani dalam majlis penutupan persidangan tersebut hari ini.

高蕾