Indonesia Banteras Keganasan

2018-07-17 14:51:38  CRI
Share with:

Beberapa suspek yang disyaki pengganas diburu dan ditembak mati di Indonesia baru-baru ini, dalam kempen Presiden Joko Widodo yang menyeru seluruh masyarakat memerangi keganasan.

Media tempatan melaporkan, dua suspek menaiki motosikal menyerbu kompleks polis Indramayu di Barat Jawa pada awal pagi 15 Julai lalu. Mereka melemparkan bom sebelum ditembak dan ditangkap ketika melarikan diri.

Pada bulan Mei lalu, rentetan serangan ganas berlaku di Indonesia, mengakibatkan angka kematian dan kecederaan yang serius. 

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia telah mempercepat pemindaan Akta Antikeganasan untuk mengintensifkan kempen membanteras keganasan di seluruh negara.

胡星