Larian Obor Sukan Asia 2018 di Indonesia

2018-07-18 12:11:43  CRI
Share with:

Larian obor Sukan Asia 2018 telah bermula di Indonesia pada 17 Julai lalu.

Pada pukul 8.00 pagi hari itu, pesawat tentera udara Indonesia yang membawa obor yang telah dinyalakan tiba di lapangan terbang di Yogyakarta, tengah pulau Jawa. Obor itu disambut oleh jaguh badminton Indonesia, Susi Susanti, sebagai salah seorang pembawa obor Sukan Asia kali ini.

Larian obor kali ini menyusuri bandar Solo di Jawa yang merupakan stesen pertama, diikuti 53 bandar lain di seluruh Indonesia, dan dijadualkan tiba di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 15 Ogos sebelum Sukan Asia 2018 membuka tirainya pada 18 Ogos.

Sebelum ini, upacara menyalakan obor telah diadakan di New Delhi pada 15 Julai lalu.

周乔西