Rundingan berhubung perjanjian perdagangan bebas antara Filipina dengan Amerika Syarikat (AS) dijadualkan pada September tahun ini.
Akhbar Manila Bulletin Filipina memetik duta besar negara itu ke AS sebagai berkata, rundingan pusingan pertama yang mengfokuskan isu-isu mengenai buruh dan tenaga serta harta intelek dan produk pertanian akan diadakan di Washington.
Filipina berharap produk-produk keluaran negara itu seperti pakaian, jam tangan dan produk pertanian akan mendapat akses pasaran ke AS melalui perbincangan rundingan tersebut.