Guangxi Intensifkan Industri Automobil Tenaga Alternatif

2018-07-19 14:55:04  CRI
Share with:

Projek pembangunan automobil elektrik sepenuhnya menggunakan bateri (BEV) bagi tujuan komersial oleh syarikat Guangxi Yuchai dilancarkan semalam, dengan pelaburan berjumlah RMB1.34 bilion (RM807 juta).

Projek tersebut melibatkan pembinaan pangkalan pengeluaran bersepadu untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, pemasaran dan perkhidmatan berkenaan, bagi membolehkan output 50 ribu BEV setahun. 

Sebagai satu-satunya wilayah China yang bersempadan darat dan laut dengan ASEAN, Guangxi sedang mengintensifkan industri pengeluaran automobil tenaga alternatif yang berorientasikan ASEAN.

Dimaklumkan, Guangxi mampu mengeluarkan 400 ribu automobil tenaga alternatif setahun menjelang 2020, iaitu satu perlima seluruh keluaran kenderaan berkenaan di China.

高蕾