18 Penerbangan Antarabangsa, Kemajuan Penting Guangxi

2018-07-20 15:08:37  CRI
Share with:

Jumlah laluan penerbangan antarabangsa antara Lapangan Terbang Wuxu di bandar Nanning, Guangxi dengan bandar-bandar di Asia Tenggara mencatat 18 setakat bulan ini.

Perkembangan ini menandakan kemajuan ketara dalam pembangunan laluan udara "Jalur dan Laluan" (B&R) yang berorentasikan ASEAN.

Ketua Pengurus Kumpulan Lapangan Terbang Guangxi (GAG), Li Hongbin berkata, pembangunan laluan penerbangan Guangxi-ASEAN adalah amat pesat, dan telah menyediakan jambatan untuk memperhebat pertukaran antara satu sama lain dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.

Pada masa depan, GAG akan terus mengekalkan kedudukan pintu gerbang Nanning, selain berusaha mempertingkat kapasiti Lapangan Terbang Guilin kepada 10 juta pelancong menjelang tahun 2020.

高蕾