Singapura Kena Serangan Siber

2018-07-23 16:01:33  CRI
Share with:

Singapura mengalami serangan siber yang berskala paling besar dalam sejarah baru-baru ini, melibatkan dokumen perubatan bagi 1.5 juta individu dicuri oleh penggodam.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, dokumen perubatan 1.5 juta pesakit terbocor, termasuk nama, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan. 

Sasaran utama penggodam disyaki ialah dokumen perubatan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong. 

Lee pernah menjalani pembedahan selepas disahkan menghidap kanser kelenjar prostat pada Februari 2015. Beliau menyatakan dalam akaun facebooknya, penggodam yang berniat mencari maklumat sensitif negara atau sebarang hal yang mengaibkan pasti gagal kerana tiada maklumat sedemikian dalam failnya. 

Beliau menegaskan, walaupun mengalami serangan siber, Singapura tidak akan kembali ke era kertas, malah akan terus merintis jalan ke arah status negara pintar. 

Jabatan Keselamatan Siber dan Kementerian Kesihatan telah diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan siber.

胡星