Kerjasama Makanan Halal Guangxi, Brunei Berprospek Cerah

2018-07-25 13:32:25  CRI
Share with:

Guangxi dan Brunei mempunyai kelebihan yang saling melengkapi dalam industri makanan halal, dan kerjasama antara kedua-dua pihak berprospek cerah.

Menurut memorandum kerjasama ekonomi dan perdagangan Koridor Ekonomi Brunei-Guangxi yang termeterai pada tahun 2014, kedua-dua pihak akan melaksanakan kerjasama komprehensif melibatkan pertanian, perindustrian, logistik, pemprosesan makanan halal, penjagaan kesihatan, bioperubatan, pelancongan dan sebagainya.

Menurut statistik rasmi Guangxi, Brunei terlibat dalam tujuh projek modal asing di Guangxi setakat bulan Jun lalu, dengan jumlah pelaburan mencatat USD18.9 juta (RM76.9 juta).

覃淼