Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menzahirkan rasa simpati terhadap mereka yang menjadi mangsa empangan runtuh di Laos malam kelmarin.
Guterres melalui jurucakapnya semalam berkata, PBB bersedia menghulurkan segala bantuan yang diperlukan untuk kerja menyelamat.
Lapor Agensi Berita Laos, empangan hidroelektrik Xepian-Xe Nam Noy yang sedang dibina di wilayah Attapeu, selatan negara itu runtuh pada pukul 8 malam hari Isnin.
Beberapa orang dilaporkan maut, beratus-ratus masih hilang, sementara beribu lagi kehilangan tempat tinggal.