131 Hilang Empangan Runtuh di Laos

2018-07-26 11:44:54  CRI
Share with:

Empangan hidroelektrik Xepian-Xe Nam Noy yang sedang dibina di wilayah Attapeu, selatan Laos runtuh pada pukul 8 malam Isnin lalu, mengakibatkan 131 orang hilang dan kira-kira 3,000 lagi kehilangan tempat tinggal.

Demikian dimaklumkan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith kepada media semalam.

Menurutnya, hujan lebat berlarutan beberapa hari menyebabkan paras air di takungan terus meningkat hingga empangan runtuh kerana tidak dapat menahan tekanan yang amat besar.

Ini tragedi air paling buruk di negara itu dalam tempoh 10 tahun lalu. Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh kerajaan pusat dan tempatan.

Menurut laporan Agensi Berita Laos, insiden ini telah meragut 26 nyawa.

覃淼